cERita Ku UNtuK seMua

cERita Ku UNtuK seMua
dEFiNiSi ELham MeRenTas DuNia

Saturday, January 23, 2010

hari yang indah...ahad...24 januari 2010...bulan baru..tahun baru..
masih belum terlambat rasanya nak wish new year untuk semua........
2010...dah menjelma..tahun aku bakal menginjak 25 tahun..
uiks! dah 25 dah..dah belia dah..
apa yang aku ada menginjak 25 ni?...
*kehidupan - aku sebagai "wakil tapak" projek, di sebuah syarikat swasta
- aku sebagai anak bongsu dari 8 adik beradik...
*harta- benda - aku dah ada sebuah MYVI 1000CC (CCM2964)
- aku dah ade insurans diri.
- aku dah ade pakaian,duit sikit untuk kehidupan aku...
ok la..stakat ni hidup aku bahagia.cuma agak penat dengan kerja-kerja-kerja....cuma sekarang aku masih lagi mencari sebuah kehidupan yang aman,tenteram,kerja yang tetap yang mendatangkan kepuasan kepada aku..aku masih lagi meneruskan impian nak mengejar cita-cita aku..nak jadi pengarah teater dan nak menjadi arkitek yang berjaya..biarpun maesih tak nampak bayang tapi aku masih memasang niat tu....
kerja keras!..aku perlu kerja keras..untuk kejayaan..janjiku pada diri aku...orang lain mampu buat,kenapa aku tak mampu...bermula sekarang aku perlu lebaih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT..aku banyak lalai selama ini...insyaALLAH...
setiap orang ada potensi untuk berjaya..mengapa kita perlu menafikan potensi itu..bukan kita tak mampu berjaya,cuma manusia itu terlalu banyak bergantung,mengharap bulan jatuh ke riba.kita perlu sedar itu semua, manusia takkan mudah2 dapat kejayaan kalau masih berada di takuk yang lama...setiap orang perlu berubah...tiada orang yang hanya duduk diam,tiba-tiba kaya..dongeng banyak lah kalau ada yang kata,"aku jumpe emas banyak kat belakang rumah kayu aku,tu sebab aku kaya"..nak cari emas tu pun,kena usaha gali,cari,berjalan,bergerak...tanyalah tun mahathir mohammad..susahkah nak jadi menteri? susahkah nak berjaya ke tahap dia sekarang.?..kalau nak senang, tanyalah DR HM TUAH ISKANDAR..senang ke dia jadi pakar motivasi? kehulu kehilir,bawak kereta,sesat lagi..semata- mata nak memenuhi kehendak customer untuk dia bagi ceramah..nak susun ayat jadi penceramah tu pon bukan senang...kalau tak ayat2 manis,jangan harap la orang nak dengar.
cerita pasal DR,aku kagum dengan DR HM TUAH sebab dia idola aku sampai sekarang..semua buku-buku dia aku beli..aku pun dah habis baca semua..memang idea dia segar,bagus untuk minda..ada sesuatu dalam karya dia yang buat aku teruja..bukan aku je,malah ramai orang...sekali je baca buku dia even helaian pertama,kita akan terasa nak baca sampai habis..tapi aku tak berkesempatan nak berjumpa dia..kalau aku jumpa dia..aku nak belah otak dia,then tukar dengan otak aku..huhuhu...buleh ke?...
hobi aku membaca..membaca..membaca...aku mula minat membaca ni sejak dari sekolah rendah lagi..tak percaya?..walau aku tak berapa pandai ,tapi dengan banyak membaca, aku dapat banyak ilmu..pernah sekali,aku menunggu bas,aku terjumpa helaian paper kat bawah kerusi pondok bas tu...aku ambil,aku baca..isinya aku masih ingat..."KITA MUSAFIR DI BUMI INI"..sy tak ingat tulisan siapa...
bermulanya hobi membaca aku ini, bila aku duduk dalam kelas 2 cerdas,SKBJ,1993,seorang cikgu yang saya rasa amat rajin lah antara semua cikgu..dia meletakkan buku-buku bacaan di belakang kelas..kerajinannya terserlah setiap hari,dia menukar buku-buku tersebut setiap hari..jadi,kami di waktu terluang iaitu sewaktu pertukaran guru matapelajaran,membaca..setiap hari buku berlainan,paper, majalah islamik dll..semangat tu setahun je,terus aku terikut2 perangai membaca sehingga ke hari ini..bagus cikgu tu....tabik springggggggggggg a!
k a..banyak lak aku melalut..bukan melalut sgt sebanranya,tp lebih kearah penceritaan untuk semua...JADILAH BANGSA YANG DIKEJAR,JANGAN JADI BANGSA YANG MENGEJAR...
Actually,aku bosan di petang ahad nie...24 jan..aku kat umah sewa,loji air bilut,raub..
aku akhiri cerita karut aku ni di sini..wasalm..........

Friday, January 22, 2010

ESOK ADA UNTUK MU


Hari ini kau masih begitu
Tetap begitu
Seperti sebelumnya
Seperti hari-hari lepas
Kau tetap mengabdi pada alpa

Telah ku katakan padamu
Nikmat itu hanya sementara
Cinta itu bukan semata kepada manusia
Namun kau ingkar
Kau masih mencintai dia

Bukankah dia menghancurkan hidupmu
Lantas mengheret aku bersama
Cinta dia cinta terlarang
Yang tak mungkin kan bersatu

Dan kau…
Masih lagi dihembus angin petang
Yang berlalu begitu saja
Entah bila akan singgah menghembus kembali
Dirimu yang masih setia berbicara disini denganku
Setia bagai bulan dan bintang
Menunggu terbitnya mentari

Sedikit noktah untuk dirimu
Bila mana aku bicara kan sinar
Biarlah hidup aku musnah
Biarlah aku pergi bersama kenangan kita
Doaku agar kau berubah….Berubah lah…

Jadikan firaun sebagai pedoman
Dan A’D sebagai penginsafan
Bila Dia mengutuskan balasan
Tiada kata boleh menghalang
Penyesalan tiada guna

ESOK ADA UNTUKMU